Page 7 - ISSUE 1 (13_8) FINAL EDIT
P. 7

7


















         Antara yang hadir semasa majlis perasmian perkampungan sukan SUKIPT 2022.


            Perkampungan Sukan UPSI
                           Terbaik

         Oleh ANIS AZUREEN
        TANJONG MALIM - Perkampungan sukan yang disediakan
        tuan rumah SUKIPT 2022, Universiti Pendidikan  Sultan
        Idris  disifatkan sebagai antara yang terbaik dalam sejarah
        penganjuran SUKIPT yang memasuki edisi ke 5 sejak mula
        diperkenalkan pada 2012.
          Menurut  Setiausaha  Bahagian  Perancangan  Strategik
        Kementerian  Pengajian  Tinggi,  Norisma  Mohd Ismail, fasiliti   Norisma (tengah) menyempurnakan gimik perasmian
        dan  lokasi  yang  berdekatan  dengan  venue  pertandingan
        membolehkan pergerakan atlet dan pegawai lebih mudah.

            “Segala kemudahan berada dalam keadaan baik serta lokasi
        yang strategik menjadikan  UPSI  sebagai penempatan  yang
        paling sesuai untuk atlet SUKIPT 2022,” jelasnya lagi.
            Norisma ditemui selepas majlis perasmian perkampungan
        sukan yang turut  dihadiri  Timbalan Setiausaha Bahagian
        Dasar Seksyen Sukan, Dato’ Dr Pekan Ramli dan Timbalan
        Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPSI, Prof. Dr.
        Norkhalid Salimin.
           SUKIPT 2022 dijangka disertai lebih 8000 atlet dan pegawai
        yang mewakili pelbagai institusi pengajian tinggi dan bagi KPT
        pastinya  mengharapkan  SUKIPT mampu  dijadikan  contoh   Norisma bersama sebahagian daripada atlet yang bakal bertanding
        penganjuran kejohanan sukan terbaik dalam negara.  dalam SUKIPT 2022






                                          UPSI SASAR LIMA TERBAIK


        Oleh NURUL IZZAH BINTI BESERI

        TANJONG MALIM - Tuan rumah, Universiti Pendidikan Sultan
        Idris (UPSI) menetapkan sasaran untuk memenangi 15 pingat
        emas dalam saingan Sukan Institusi Pengajian Tinggi, (SUKIPT)
        2022.
          Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA),
        Profesor Dr Norkhalid Salimin berkata jumlah tersebut dijangka
        mampu meletakkan UPSI di tempat ke 5 keseluruhan sekaligus
        memperbaiki  pencapaian  SUKIPT  2018 yang berlangsung  di
        Universiti Kebangsaan Malaysia, (UKM).
          Sebagai tuan rumah SUKIPT tahun ini, Prof. Dr Norkhalid
        percaya  bahawa UPSI mampu mendapat  lebih  dari 15 pingat
        emas dalam acara-acara yang sedang dipertandingkan  tahun
        ini.
           “Untuk pertandingan 12 Ogos, UPSI sudah berjaya merangkul
        satu emas, dua perak dan dua gangsa dan Insyaa-Allah emas
        akan  menyusul   lagi  dari  silat, karate, memanah,  lawn  bowls,
        renang,  olahraga  dan  softbol” katanya  yang  ditemui  selepas
        majlis perasmian perkampungan  sukan di Gelanggang
        Aminuddin Baki, Kampus Sultan Azlan Shah.             Prof. Dr Norkhalid, (tiga dari kiri) menerima cenderamata bagi
                                                              pihak UPSI di Majlis Perasmian Perkampungan Sukan.
   2   3   4   5   6   7   8